Reader ready.
Brief Presentation on Islam (Article - Malay)
This is an article in Malay gives a brief presentation on Islam.
Contributors
AuthorsScientific Research Admission of Islamic University , Madinah Munawara
TranslatorsAbdulbaset bin Abdurrahman
Sourcesiu - The Islamic University Website in Almadinah Almunawara
Download all material files
2 files • 734 KB
Material files
1 / 2Social-friendly share text
Saya gembira berkongsi ini dengan anda:
📄 PENGENALAN RINGKAS TENTANG ISLAM (Malay)
📝 تعريف موجز بالإسلام باللغة : الماليزية Introduction to Islam in Malaysian Language BAHASA MALAYSIA PENGENALAN RINGKAS TENTANG ISLAM Segala puji hanyalah bagi Allah Y tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad ﷺ Imam para rasul, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Y dan Muhammad ﷺ itu adalah pesuruhNya, penyaksian yang diakui dengan hati dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota badan. Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia diturunkan oleh Allah Y kepada rasulNya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua risalah ketuhanan. Ia adalah satu agama yang benar. Allah tidak menerima seseorang itu beragama melainkan Islam. Allah Y telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak susah dan tidak membebankan ke atas penganutnya dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia satu agama yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat rahmat ke atas sekalian alam. Ia adalah agama yang memberi petunjuk kepada sekalian hamba terhadap semua perkara yang bermanfaat kepada mereka di dalam urusan agama dan dunia, dan mengingatkan mereka daripada sesuatu yang memudharatkan dalam perkara agama dan kehidupan. Satu agama yang memperbetulkan akidah, akhlak dan kehidupan dunia dan akhirat. Agama yang menyatukan hati-hati yang berpecah-belah lalu membersihkannya daripada kebatilan, membawanya kepada kebenaran dan memberikannya petunjuk kepada jalan yang lurus. Islamlah agama yang sebenarnya, segala yang disampaikan adalah benar, tidak menghukum melainkan dengan kebaikan dan keadilan yang berprinsipkan kepercayaan yang sahih, amalan yang benar, akhlak yang mulia dan adab yang terpuji. Risalah Islam bertujuan untuk mencapai perkara- perkara berikut : 1. Memberi pengenalan kepada manusia tentang tuhan dan pencipta mereka melalui nama-namaNya yang indah yang tiada bandingannya, sifat-sifatNya yang tertinggi yang tidak menyerupai sesuatu pun, perbuatanNya yang sempurna dan penuh hikmah yang tiada sekutu dengannya dan tentang hakNya yang tiada sekutu baginya. 2. Mengajak manusia menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa mempersekutukan- Nya dengan melaksanakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang. 3. Memberi peringatan tentang keadaan dan tempat kembali mereka selepas mati, apa yang akan mereka hadapi di alam kubur, tentang hari kebangkitan dan perkiraan amalan serta penentuan mereka sama ada ke syurga atau neraka. Secara ringkasnya, asas- asas penting Islam adalah seperti berikut : PERTAMA : RUKUN-RUKUN IMAN Rukun Pertama : Beriman Kepada Allah Ia mengandungi perkara- perkara berikut : 1. Tauhid Rububiyyah : Iaitu beriman bahawa Allah Y adalah pencipta, pemilik alam semesta dan pentadbir serta pengurus segala urusan makhluk. 2. Tauhid Uluhiyyah : Iaitu beriman bahawa Allah Y adalah tuhan yang sebenar dan sebarang penyembahan selain daripada Allah Y adalah batil. 3. Tauhid Asma' dan Sifat : Iaitu beriman bahawa Allah Y mempunyai nama–nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna lagi tinggi sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Rukun Kedua: Beriman Kepada Para Malaikat Iaitu beriman bahawa malaikat itu adalah hamba ciptaan Allah Y yang mulia. Mereka sentiasa melakukan ibadat serta taat setia lagi patuh kepada segala perintah Allah Y. Mereka telah ditugaskan dengan berbagai-bagai tugas. Antaranya, Jibrail u, menjadi perantaraan untuk membawa wahyu daripada Allah Y kepada sesiapa yang dikehendaki daripada nabi dan rasul. Mikail u, wakil bagi menurunkan hujan dan tumbuh-tumbuhan. Israfil u, meniupkan sangkakala bagi mematikan dan membangkitkan semula makhluk. Malaikat Maut, mencabut roh ketika kedatangan ajal bagi kematian. Rukun Ketiga : Beriman kepada Kitab-kitab Iaitu beriman bahawa Allah Y telah menurunkan kepada para rasul akan kitab-kitab yang menga...
🔗 https://b.islamhouse.com/ms/articles/503